expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

song !


Hafiz Ft Adira-ost Ombak Rindu Mp3
Musicaddict.com

Wednesday, 28 December 2011

ITULAH DINAMAKAN TAKDIR ( part 3 )

   Nirvana dan Aizril terpaksa menyetujui rancangan kedua - dua orang tuanya setelah 2 hari didesak supaya menyetujui .
Dato' Roslan dan Tan Sri Khalid amat gembira kerana rancangan mereka berjaya begitu juga Datin Rosna dan Puan Sri Kamariah .
Hari ini , Aizril serta Tan Sri Khalid dan Puan Sri Kamariah mengunjung ke rumah Nirvana untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan Aizril dan Nirvana .
   Nirvana masih bersiap di dalam kamarnya . Hari ini dia memakai baju kurung berwarna putih ala - ala kuning berserta shawl yang berwarna putih . Sempurna .
Terserlah kecantikkannya yang asli .
Nirvana cuma mengenakan gincu pink di bibirnya .
   " Vana , Tan Sri , Puan Sri dan Aizril dah sampai . Jom turun ke bawah " , panggil Datin Rosna dari luar kamar Nirvana .
' Mama tak faham feel aku ' , rintih Nirvana di dalam hatinya .
Nirvana mengagahkan jua dirinya untuk turun ke bawah untuk berjumpa dengan Tan Sri , Puan Sri dan orang yang paling dia benci , Aizril .
" Assalamualaikum " , ucap Nirvana .
" Waalaikummussalam " , jawab kedua orang tua Nirvana dan Aizril serentak .
Aizril memandang Nirvana . Matanya terpaku melihat kecantikkan Nirvana .
' Cantik ' , desis hatinya .
Aizril cepat - cepat mengalihkan pandangannya setelah melihat jelingan di mata Nirvana .
Nirvana menyalami Puan Sri Kamariah dan lalu duduk disebelah Datin Rosna .
  " Jadi bila kita akan melangsungkan perkahwinan ni Roslan ? " , tanya Tan Sri Khalid dengan wajah ceria .
" Kalau boleh malam ni jugak nak kahwinkan diorang ni " , jawapan Dato' Roslan diiringi ketawa oleh Datin Rosna , Tan Sri Khalid dan isterinya .
Aizril dan Nirvana hanya diam di tempat duduk masing - masing .
Mereka masih tidak mempercayai bahawa mereka akan berkahwin .

***

   " Oii Vana , jauh termenung . Wajah pengantin biasanya ceria tapi kau ni macam tak happy je " , tegur Mimi , kawan baik Nirvana semenjak di kampus lagi .
" Kau ni Mimi , macam tak tahu pulak " , marah Nirvana .
" Ala Vana , relax  la . Aku tahu la . Saja je nak bergurau dengan kau " , balas Mimi .
  " Vana , tok kadi nak minta tandatangan Vana ni " , muncul Dato' Roslan tiba - tiba .
Nirvana hanya menurun kan tandatangannya pada kertas yang dibawa oleh Tok Kadi tadi .
Selesai Nirvana tandatangan , Tok Kadi dan Dato' Roslan keluar dari bilik pengantin itu .
Beberapa minit kemudian , pengantin lelaki sampai .
Nirvana turun ke bawah bersama Datin Rosna .
Aizril terpaku melihat kecantikkan Nirvana namun dia cuba untuk mengawalnya .
     " Aku terima nikahnya Nirvana Anastasya binti Roslan dengan mas kahwin sebanyak dua puluh ringgit tunai " .

No comments:

Post a Comment