expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

song !


Hafiz Ft Adira-ost Ombak Rindu Mp3
Musicaddict.com

Wednesday, 28 December 2011

ITULAH DINAMAKAN TAKDIR ( part 3 )

   Nirvana dan Aizril terpaksa menyetujui rancangan kedua - dua orang tuanya setelah 2 hari didesak supaya menyetujui .
Dato' Roslan dan Tan Sri Khalid amat gembira kerana rancangan mereka berjaya begitu juga Datin Rosna dan Puan Sri Kamariah .
Hari ini , Aizril serta Tan Sri Khalid dan Puan Sri Kamariah mengunjung ke rumah Nirvana untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan Aizril dan Nirvana .
   Nirvana masih bersiap di dalam kamarnya . Hari ini dia memakai baju kurung berwarna putih ala - ala kuning berserta shawl yang berwarna putih . Sempurna .
Terserlah kecantikkannya yang asli .
Nirvana cuma mengenakan gincu pink di bibirnya .
   " Vana , Tan Sri , Puan Sri dan Aizril dah sampai . Jom turun ke bawah " , panggil Datin Rosna dari luar kamar Nirvana .
' Mama tak faham feel aku ' , rintih Nirvana di dalam hatinya .
Nirvana mengagahkan jua dirinya untuk turun ke bawah untuk berjumpa dengan Tan Sri , Puan Sri dan orang yang paling dia benci , Aizril .
" Assalamualaikum " , ucap Nirvana .
" Waalaikummussalam " , jawab kedua orang tua Nirvana dan Aizril serentak .
Aizril memandang Nirvana . Matanya terpaku melihat kecantikkan Nirvana .
' Cantik ' , desis hatinya .
Aizril cepat - cepat mengalihkan pandangannya setelah melihat jelingan di mata Nirvana .
Nirvana menyalami Puan Sri Kamariah dan lalu duduk disebelah Datin Rosna .
  " Jadi bila kita akan melangsungkan perkahwinan ni Roslan ? " , tanya Tan Sri Khalid dengan wajah ceria .
" Kalau boleh malam ni jugak nak kahwinkan diorang ni " , jawapan Dato' Roslan diiringi ketawa oleh Datin Rosna , Tan Sri Khalid dan isterinya .
Aizril dan Nirvana hanya diam di tempat duduk masing - masing .
Mereka masih tidak mempercayai bahawa mereka akan berkahwin .

***

   " Oii Vana , jauh termenung . Wajah pengantin biasanya ceria tapi kau ni macam tak happy je " , tegur Mimi , kawan baik Nirvana semenjak di kampus lagi .
" Kau ni Mimi , macam tak tahu pulak " , marah Nirvana .
" Ala Vana , relax  la . Aku tahu la . Saja je nak bergurau dengan kau " , balas Mimi .
  " Vana , tok kadi nak minta tandatangan Vana ni " , muncul Dato' Roslan tiba - tiba .
Nirvana hanya menurun kan tandatangannya pada kertas yang dibawa oleh Tok Kadi tadi .
Selesai Nirvana tandatangan , Tok Kadi dan Dato' Roslan keluar dari bilik pengantin itu .
Beberapa minit kemudian , pengantin lelaki sampai .
Nirvana turun ke bawah bersama Datin Rosna .
Aizril terpaku melihat kecantikkan Nirvana namun dia cuba untuk mengawalnya .
     " Aku terima nikahnya Nirvana Anastasya binti Roslan dengan mas kahwin sebanyak dua puluh ringgit tunai " .

ITULAH DINAMAKAN TAKDIR ( part 2 )

   2 tahun berlalu selepas pergaduhan besar Nirvana dan Aizril .
Nirvana sekarang bekerja di syarikat papanya , syarikat R&R SDN BHD .
Manakala Aizril di syarikat papanya , syarikat K&K SDN BHD .
Papa Nirvana , Dato' Roslan dan papa Aizril , Tan Sri Khalid ialah sahabat akrab dari kecil lagi .
Sebenarnya mereka bercadang ingin menjodohkan Nirvana dengan Aizril .
   " Assalamulaikum pa , ma " , ucap Nirvana pada kedua - dua orang tuanya .
" Waalaikummussalam " , jawab Dato' Roslan dan Datin Rosna serentak .
Nirvana lantas bersalam dengan kedua - dua orang tuanya .
" Vana dah solat ? '' , tanya Datin Rosna .
" Dah mama " , jawab Nirvana dengan senyuman di bibir .
" Vana , papa dan mama ada benda nak bincang dengan Vana " , terang Dato ' Roslan .
Nirvana dengan wajahnya yang tertanya - tanya segera mengambil tempat di sebelah mamanya .
" Nak bincang apa pa , ma ? '' , tanya Nirvana .
" Vana kenal kan kawan papa , Tan Sri Khalid ? '' , Dato' Roslan memulakan perbincangan .
" Kenal pa , kenapa ? " , Nirvana jawab acuh tak acuh kerana dia tahu itulah daddy Aizril .
Seorang lelaki yang dia sangat benci .
" Papa dan Tan Sri Khalid dah bersejutu mahu menikahkan Aizril dengan Vana . Along dan mama Vana pun dah bersetuju " , jawab Dato' Roslan dengan nada yang ceria kerana inilah hajatnya dari dulu lagi , begitu juga Tan Sri Khalid .
" Apa pa ?! '' , soal Nirvana dengan terkejutnya .
" Vana akan kahwin dengan mamat tu ?! . No way pa ! . Vana tak nak ! '' , sambungnya lagi .
" Vana ! tak baik tinggikan suara pada papa " , tegur Datin Rosna .
" Pa , ma , Vana tak nak kahwin dengan mamat palyboy tu " , ujar Nirvana sekali lagi .
" Vana , papa mohon pada Vana , ini melambangkan persahabatan papa dengan Tan Sri tu . Okey , Vana kata Aizril tu playboy , mana tahu setelah dia kahwin dengan Vana , sikapnya akan berubah " , terang Dato' Roslan .
" Ya Vana , mama sokong kata papa tu . Along Vana pun setuju dengan perkahwinan ni . Vana setujunya " , pujuk Datin Rosna .
Nirvana kaku , tidak tahu ingin berkata apa . Walau sekeras mana dia menolak , satu hari nanti dia terpaksa menerima kenyataan yang dia harus berkahwin dengan Aizril .
' Arghh ' , jerit Nirvana di dalam hatinya .
" Pa , ma , give me time to think about this " , pinta Nirvana lantas dia berlalu menuju ke biliknya .
Dato' Roslan dan Datin Rosna berdoa agar Nirvana setuju dengan keputusan mereka .

             ***

   " Daddy , you ask me to marry Nirvana ? " , soal Aizril dengan nada tidak puas hati .
Bukan Nirvana sahaja yang tidak menyetujuinya tapi Aizril juga begitu .
" Aizril , daddy and mommy cuma minta tu je dari Zril . Susah sangat ke ? '' ,tanya Tan Sri Khalid .
" Daddy , Zril tak setuju ! " , bantah Aizril .
" Zril ! lower your voice ! " , marah Puan Sri Kamariah .
" Zril , papa Nirvana tu , kawan baik daddy . Perkahwinan ni akan merapatkan lagi hubungan kami . Daddy mohon pada Zril , Zril setuju ya ? " , pujuk Tan Sri Khalid .
" Give me time " , pinta Aizril .
Aizril lantas bangun menuju ke ruangan biliknya .
' Arghh ! ' , teriak Aizril di dalam hatinya .
Dia betul -betul bingung . Tidak tahu harus berbuat bagaimana . Dia keliru .
' Patut ke aku setuju ? ' , tanya Aizril pada dirinya .
Aizril terlena kerana keletihan yang teramat .

Monday, 26 December 2011

ITULAH DINAMAKAN TAKDIR ( part 1 )

" Kenapa susah sangat kau nak lupakan aku ?! '' , tengking Aizril pada Nabiela.
'' Aku dah tak sayang kau , susah sangat ke kau nak terima ?! '' , sambung Aizril .
Begitu lah sifat lelaki yang suka memainkan perasaan wanita atau lebih tepat , PLAYBOY ! .
'' Aizril , tapi .. '' , Nabiela cuba meminta simpati daripada Aizril .
'' Stop la Biela , aku benci tengok muka kau ni ! ''
" Aizril , aku .. '' , rintih Nabiela .
Aizril sudah mengangkat tangan nya dan tangannya bersedia untuk singgah di pipi gebu Nabiela .
Tiba-tiba ,
" Aizril ! " , teriak seorang gadis dengan nada marah bercampur geram .
Kedua-duanya lantas berpaling dan tangan Aizril tidak sempat mendarat di pipi Nabiela .
" Kau memang kurang ajar Aizril ! " , teriak Nirvana pada Aizril .
" Kau jangan nak masuk campur dalam urusan aku ! " , balas Aizril .
" Aku pun tak ingin la nak masuk campur dalam urusan kau , tapi kali ni aku terpaksa ,
sebab aku tak nak budak ni jadi mangsa kau yang entah ke berapa ! .
Dari mula - mula kau masuk kampus ni , tak habis-habis dengan perangai kau tu ! .
Woi , orang lain pun ada hati dan perasaan jugak ! .
Jangan kau ingat kau anak Tan Sri , kau boleh buat apa saja . Pergi berambus la ! " , bidas Nirvana .
Seorang gadis yang popular di kampus kerana sikapnya yang ala-ala TOMBOY dan juga wajahnya yang ayu .
Aizril suda mengetap bibir tanda geram dengan sindiran Nirvana .
" Come Biela , kita bla dari sini , tak payah layan mamat tak guna ni ! '' , ajak Nirvana .
Mereka berlalu meninggalkan Aizril yang tengah tahan marah dengan sikap Nirvana .
" Oii Nirvana , kau ingat , kau bagus sangat ke , hah ?! '' , Aizril berteriak tiba - tiba .
" Memang aku bagus pun ! , sekurang - kurangnya , aku tahu hormat spesies kau ! .
Tak macam kau ! " , balas Nirvana dengan nada marah bercampur geram dengan sikap Aizril yang suka memainkan perasaan perempuan .
Aizril terkaku di tempatnya . Tidak tahu hendak berkata apa- apa . Dia tahu , dia tidak akan menang kalau bertanding dengan Nirvana . Bukan dia tak tahu dengan sikap Nirvana yang ' ganas ' tu .
Huh ..
satu keluhan keluar dari bibir Aizril .

Wednesday, 30 November 2011

Mencari Redha Ilahi

Kata Ustaz→ cinta itu anugerah
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap
Kata Doktor→ cinta xdapat utk diubati
Kata Guru→ cinta xboleh utk dipelajari
Kata Hakim→ cinta xboleh dihukum
Kata Orang→ cinta itu indah
Kata Rangga→ ada apa dgn cinta
Kata Radja→ benci bilang cinta
Kata Agnes Monica→ cinta xada logika
Kata Allah→ cinta itu milik-Nya ^_^

--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█──█─
--█──█─█────█────█──█─█──█─
--█▀▀█─█────█────█▀▀█─█▀▀█─
--█──█─█▄▄▄─█▄▄▄─█──█─█──█─